Selasa, 29 Mac 2011

Pelik Tapi Unik..Cuba Hitungkan...

"Assalamualaikum..

Malam tadi Encek Hubby suruh aku kira tarikh lahir aku, tapi katanya just ambik tahunnnya aje, pastu plus dgn umur kita pada tahun ini.. aku pun plus la.. 79+32=111. Pastu dia suruh kira tahun mama lahir pulak, aku pun kira la..dpt jawapan yang sama gak iaitu 111..pastu dia suruh lagi aku kira tarikh lahir abah dan semua adik2 aku.. memang ajaib bin pelik..semua dapat jawapan 111. Encek Hubby kata dia dapat ni dari  emailnya semalam. Memang Allah jadikan setiap sesuatu benda itu sungguh unik kan,... pelik tapi unik.. Allah Maha Besar!

copypaste dari email Encek Hubby...

"Tahun ni kita akan mgalami 4 tarikh yg jarang brlaku dlm stahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11 serta bukan itu sahaja, cuba ambil 2 nombor t'akhir d mana tahun kita d lahirkan dan tambah dgn umur kita pada tahun ni, keputusannya ialah 111 buat semua org..!! Ini ialah tahun kekayaan..!!! Pada bulan oktober akan ada 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu, ini hanya akan trjadi sekali stiap 823 tahun, tahun seperti ini d kenali sebagai tahun 'beg kekayaan', brmaksud jika kita mghantar email ni kpd 8 kawan2 kita, kekayaan akan muncul pada hari keempat seperti yg d nyatakan d dalam fengshui (tilik tuah) cina, sesiapa yg x mghantar email ni kpd org lain tidak akan mendapat apa2, ia adalah misteri tetapi tidak ada salahnya untuk mencuba!!"

Isnin, 28 Mac 2011

Rumahtangga Retak kerana Facebook..

SAYA tertarik membaca kisah Siti dalam ruangan ini bertajuk ‘Abai suami sendiri, rindu suami orang’ minggu lalu. Kisah ini hampir serupa dengan apa yang saya alami dua minggu lalu. Bezanya, mungkin saya tidak sebaik dan sesempurna suami beliau.

Banyak persamaan antara kisah saya dengan kisah Siti iaitu curang dengan teman lelaki lama berpunca daripada laman sosial facebook, berpura-pura dengan suami, bersayang-sayang dengan teman lelaki, cuma saya tak pasti ada perjumpaan rahsia atau tidak. Saya sangat memahami jika suami Siti sukar memaafkannya.
Kisahnya begini. Saya suami yang bekerja sendiri manakala isteri bekerja sebagai guru. Dalam perkahwinan kami selama 22 tahun banyak cabaran dihadapi, sama ada besar mahupun kecil.

Semuanya kami lalui dengan tabah walaupun sesetengah perkahwinan yang mengalami pengalaman seperti kami mungkin membawa kepada perceraian. Kami masih mampu bertahan, dengan izin Allah SWT.
Isteri mula mengenali facebook daripada kawan guru di sekolah. Apabila isteri menyebut mengenai facebook, saya awal-awal lagi tidak bersetuju dan memberikan beberapa kes kehancuran rumah tangga akibat facebook. Namun secara diam-diam, isteri membuka juga akaun facebook.

Mula-mula berkongsi kandungan facebook beliau dengan saya yang tak pandai guna facebook. Lama-lama beliau semakin bijak dan pandai menggunakan ciri-ciri dalam facebook.

Entah macam mana, satu hari saya terfikir untuk melihat kandungan facebook beliau dan saya dapati ada satu mesej yang isteri saya hantar kepada satu nama yang dijumpai, berbentuk pertanyaan adakah orang itu B yang belajar dengannya dulu? Hati saya hancur bila saya dapati B yang dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Lalu dengan sedikit pengetahuan mengenai facebook, saya membuka akaun dengan menggunakan nama hampir sama dengan nama B, lalu saya berpura-pura mencari isteri saya. Satu mesej dihantar, tidak lama, terus mendapat jawapan.

Saya dapat bayangkan betapa gembiranya hati isteri saya ketika itu, dan betapa remuknya hati saya pula. Namun, saya bertahan dan teruskan kerana ingin tahu sejauh mana isteri saya pergi. Daripada mesej isteri saya kepada saya yang menyamar menjadi B, ada mesej yang berbaur keluhan.

Kononnya saya sentiasa sibuk, tak ada banyak masa untuk dia. Dang Setia, saya hanya peruntukkan satu malam setiap minggu untuk membina kerjaya saya sehingga larut malam. Hari lain, selepas kerja, saya gunakan untuk keluarga. Namun syaitan memang begitu, membesar-besarkan sesuatu yang boleh merosakkan umat.

Setelah beberapa mesej saya terima, akhirnya saya tak dapat bertahan lalu saya dedahkan apa yang saya dapat daripada mesejnya. Dipendekkan cerita, isteri saya mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya maafkan. Hati saya sedikit lembut kerana beliau sebenarnya hanya dipermainkan oleh saya yang menyamar menjadi B.

Beberapa bulan lalu, saya rasa tidak selesa dan hati saya meronta-ronta untuk mengetahui adakah isteri saya benar-benar insaf. Ini kerana, saya ternampak dalam bil telefonnya, satu nombor luar daerah yang mempunyai masa berbual agak lama.
Allah nak tunjuk agaknya, entah maca mana, satu hari saya terpandang telefon bimbitnya dengan satu nama lelaki di muka telefon.
Agaknya, dia lupa nak balik ke menu asal selepas membuat panggilan. Bila saya periksa nama dan nombor itu, ia sama seperti yang saya jumpa dalam bil. Berderau darah saya. Ketika saya sibuk di tingkat bawah, agaknya dia sibuk menghubungi lelaki itu. Saya namakan sebagai Z.

Ketika sarapan pagi, saya tanya isteri saya siapa Z? Dia kata tak kenal... hmm.. mustahil. Saya desak, baru dia kata, itu kawan lama ITM... saya musykil, mana ada ITM keluarkan doktor perubatan pada 1980-an? Macam-macam alasan isteri saya buat. Dia pujuk saya, dia kata kawan lama di ITM, tak ada apa-apa dan hanya berhubung sekali.

Selang beberapa minggu, hati saya tak sedap lalu saya periksa telefon bimbit isteri, ada satu panggilan keluar ke nombor Z, dan ada satu mesej daripada Z bertanyakan “naperrr...” Saya bukan bodoh, isteri saya kata dia tertekan nombor itu. Saya terima alasan itu tapi saya terfikir mengenai mesej “naper...” Isteri saya kata Z kawan lama dan hanya sekali mereka berhubung, tapi jawapan “naperr..” seperti itu biasanya untuk orang yang biasa berhubung dan mesra. Saya mula mengatur strategi. Dipendekkan cerita, siasat punya siasat, rupa-rupanya isteri menjalin hubungan sulit dengan Z.
Z juga teman lelaki lamanya yang dia jumpa semula dalam facebook. Namun isteri saya pandai, dia tak bercinta dalam facebook tapi membuka satu akaun e-mel baru dengan nama yang nampak macam e-mel kerja. Allah nak tunjuk, saya dibantu oleh sahabat yang pandai bidang IT, kami berjaya mengesan kata laluan facebook dan e-mel isteri saya.
Terkejut dan kecewanya saya. Kata laluan yang digunakan adalah kombinasi nama isteri saya dan nama Z. Ya Allah! Ini bukan hubungan biasa. Saya berjaya membaca e-mel mereka. Alangkah kecewanya saya bila membaca satu e-mel isteri saya kepada Z yang dimulai dengan lagu Maher Zain-Till The End Of My Life.

Hancur luluh hati saya. Dalam kesibukan isteri saya, dalam diam, dalam kepura-puraan, rupa-rupanya bercinta. Bila kisah ini berjaya saya bongkar, isteri saya merayu-rayu memohon ampun dan ingin bertaubat.

Bak kata Siti, walaupun suaminya memaafkan, masakan sama hati suaminya dulu dengan sekarang... itulah hati saya.
Air mata saya mengalir setiap kali mendengar lagu Maher Zain itu, terbayangkan bagaimana ia dinyanyikan oleh isteri saya di depan Z. Saya sangat kecewa dan sedih. Anak tempat saya mengubat hati sekarang ini.

Saya nasihatkan kepada mereka yang berkahwin dan sekarang bersosial dengan facebook, hentikanlah kalau ia digunakan untuk berhubung dengan bukan kaum sejenis, terutama dengan kenalan lama. Inikan pula teman lelaki lama. Percayalah, walaupun bilangan kes seperti saya ini kecil, tidak mustahil ia akan bertambah.

Bayangkan, dengan usia facebook yang baru setahun jagung, banyak rumah tangga retak dan musnah, tidak mustahil banyak lagi yang menunggu musnah. Yang sudah memulakan percintaan songsang, bertaubatlah!

AZAM
Shah Alam

sumber : HARIAN METRO



berkongsi artikel dari Rahsia Perkahwinan


pics by google images

footnote...jangan nak salahkan teknologi..sila salahkan diri sendiri yang gagal mengawal nafsu. Teknologi dicipta untuk kegunaan hal-hal yang bermanfaat. Tapi semakin canggih teknologi, makin canggih pulak kegiatan tak bermoral macam ni. Sebagai seorang wanita,isteri dan ibu kes macam ini sangatlah dikesali..dimanakah letaknya iman dan maruah sebagai seorang isteri. Sanggup menduakan suami, berkasih sayang dengan lelaki lain yang bukan suaminya yang sah. Sedih..memang sedih..Perempuan ni katanya nak masuk syurga senang...tapi kalau silap percaturan maka senang juga nak menjerumuskan diri ke lembah maut neraka jahanam.. Ya! Allah... pelihara imanku..agar aku tidak lalai dari suruhanMu dan jadikan aku seorang isteri dan ibu yang solehah kepada suami dan zuriatku...Amin..Ya Rabbal Alamin..

Selasa, 15 Mac 2011

Jom Join Segmen : Ramah Mesra Ben Ashaari dengan Beautifulnara



Assalamualaikum..

Tadi jalan-jalan blog Encek Ben Ashaari dan pastu nampak kat side bar blog beliau  tu ada pulak segmen ni kat blog YuYu Zulaikha. Macam teruja je nak join..Yuyu kata, suruh sediakan soalan-soalan untuk ditanyakan pada Beautifulnara tu nanti.. tapi aku nak suruh Encek Ben tanya apa ekk..aku rajinlah jugak bukak blog beautifulnara tu, saja nak baca dan tengok gambar gelagat artis-artis Malaysia  dan gosip-gosip panas menggelegak kat blog beliau. Bab gossip2 artis ni, biasa kat internet lagi cepat keluar berbanding kat paper.. Tak sabar gak nak tengok Encek Ben interview bang Nara tu.. Sapa nak join sila klik kat banner YUYU ZULAIKHA tu yer..segala terma dan syarat ada diblog beliau..

Soalan Cepumas..


  • Dari mana dapat idea nak buat blog hiburan? Beautifulnara ni bekas wartawan hiburan kah?
  • Artis-artis Malaysia memang suka saman-saman orang, Beautifulnara tak takut disamankah?
  • Biasanya dapat info daripada mana? Interview sendiri atau dapat dari media-media hiburan lain?
  • Pernah tak Beautifulnara dapat ugutan atau amaran daripada pihak tertentu supaya membuang cerita atau gossip2 yang tersiar kat blog Beautifulnara?
  • Diantara Amazingnara dan Beautifulnara, blog yang mana satu paling banyak sambutan?


Okeh..aku rasa tu jelah soalan yang aku mampu bagi setakat ni.. tu pun garu-garu kepala nak cari idea.. alaa..ni soalan clichè jer nih...tapi antara salah satu tu, harap2 ada yang terpilih la yer.. hehehee..

Hey!! sapa yang kentut ni haa??...

Assalamualaikum...

Tajuk entry kali ni pasal kentut la pulak kan.. hehehe..tak boleh blah punye tajuk. Kalau cakap pasal kentut ni  takde sapa pun yang nak mengaku dirinya kentut. Lagi2 kalau kentut tu bunyi kuat extra dengan bau sekali. Pehh!! baunya x boleh blah pulak tu.. Kalau kantoi pastu mengaku tu dah kira baik dah.  Elehhh..nak cover line la tu konon... Tipu arr kalau korang tak penah kentut,  kalau korang tak kentut dalam masa sehari tu maknanya korang tak sihat, tahu?.. So, pasni janganlah tak nak mengaku pulak yang korang dah buang angin a.k.a mengentut tu..(pandai cakap orang..aku pun akan fikir 2-3 kali kalau nak mengaku kentut kat public..ekekeke..)  Dalam hidup ini yang paling nikmat adalah bila dapat kentut.. rasa best jer kann.. hehehehe....puuttttt...hehehe...

Kerap kentut
Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
2010/03/28

PAKAR Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan. 

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil,berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.
Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan. 

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 
Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut. 

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. 

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’. 

kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseornag itu kerap kentut. 

Info 
Makanan penyebab kentut
 

  • Kacang 

  • Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus. 

  • Buah-buahan seperti pear, apple dan peaches. 

  • Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan 

  • Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin.





  • .                                             



  • info sumber..Berita Harian
  • Strawberry CheeseCake

    Assalamualaikum..

    Ini adalah antara resepi aku yang sudah ter'pending' lama dah. Ada masa sikit ni aku nak tepek gambar dan  resepi Strawberry Cheese Cake yang aku buat masa cuti raya Cina lepas. Ni kira kali kedua aku buat kek menggunakan cream cheese..yang dulu aku buat oreo cheese cake.. kali ni pulak aku buat memang ikut prosedur. Aku bakar kek dengan cara "water bath". So, hasilnya sangat memuaskan hati. Taklah kek tu nampak macam hangus macam masa aku buat oreo cheese cake dulu tu.

    Strawberry Cheese Cake

     RESEPI....

    • BASE:
    • 110g Butter - cairkan
    • 200g Biskut marie

    • FILLING:
    • 500g / 2 buku Cream cheese
    • 30g Butter
    • 120g Gula Kastor
    • 1 lemon -  perah jus
    • 200-300ml whipping cream
    • 2 biji Telur - pukul sedikit
    • 1 cawan yogurt perisa asli

    • TOPPING:
    • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2
    • 30ml Air
    • 150g Strawbery Jam


    Cara-cara membuat..
    1. Hancurkan biskut & gaul dgn bhn2 base. Sejukkan
    2. Pukul cream cheese & butter sehingga lembut. Campurkan gula,  jus lemon. Pukul lagi sehingga smooth. Campurkan yogurt & pukul lagi sehingga pekat. Akhir sekali masukkan telur yg telah di pukul sedikit. Pukul sehingga cukup sebati, jgn pukul terlalu lama.
    3. Tuangkan separuh adunan ke atas base. Ratakan strawberry & tuangkan baki adunan.
    4. Bakar dlm "water bath" dgn oven yg telah di panaskan terlebih dahulu 150 celcius selama 1 jam.
    5. Sejukkan kek pada suhu bilik (sebaik2 nya biar sekejap dlm oven baru keluarkan tujuannya supaya cheesecake tak merekah nanti). Sejukkan sekurang2 nya 4- 6 jam ataupun semalaman baru lah di potong. 
    6. Utk buat topping, campurkan gelatin/agar2 dgn air. Panaskan sebentar & campurkan strawberry. Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.

    Segmen terbaru... BEN ASHAARI: BLOGGER IKUT NEGERI KELAHIRAN

    BANNER BEN ASHAARI

    Assalamualaikum..

    Hari-hari Encek Ben Ashaari asyik buat segmen jer kan.. beliau ni banyak betul idea la..heran aku.. Aku pun ada idea gak..tapi masalahnya bila aku mula jer sentuh kibod nih..tah mana terabur idea2 tu... Pelik..
    Sesiapa nak join silalah klik banner tu..

    Sila ceritakan latar belakang anda ..


    ~ aku berasal daripada Batu Pahat, Johor. Masih lagi mempunyai ayah dan ibu, aku anak sulung daripada 6 beradik. Dahulunya aku seorang yang bekerjaya, tapi selepas setahun berkahwin dan kemudian disahkan mengandung aku meletakkan jawatan dan mengikut Encek Hubby ku berpindah ke Kulaijaya. Sekarang aku menetap di Kulaifornia dan tinggal bersama-sama ibu mertuaku. 


    Profesion anda sekarang ?


    ~ profesion aku sekarang ialah surirumah sepenuh masa. 


    Blog favourite anda..kenapa


    Sebenarnya banyak blog yang aku suka.. tapi kalau blog ni memang hari-hari aku tunggu entry terkini beliau.. 


    ~ blog Ben Ashaari
    ~ blog model 80an (mak hanis zalikha)
    ~ hanis zalikha
    ~ obiefiend (FOA)
    ~ blog nadia byu
    ~ fatin liyana
    ~ melur jelita
    ~ cik mat gebu
    ~ mummy red
      
    sekadar menyebut beberapa buah blog tu..tapiiii..ada banyak lagi.. 


    kenapa?  


    ~ suka baca blog orang famous..boleh buat inspirasi kpd saya blogger newbie nie..




    Blog yang anda tak suka nak masuk.. kenapa?


    ~ aku tak suka blog yang cerita pasal politik. Tak layanlah... 


    Impian anda terhadap blog anda..


    ~ Impian tu memanglah nak famous..ye tak...ekekeke..tapi aku boleh berangan jer lah. Nak update pun malas camana nak maju, nak famous, nak dapat trafik tinggi. Ni nasib Encek Ben rajin buat segmen... Pastu best2 pulak baru rasa semangat nak majukan blog ni. 


    Dah siap.. legaaaa...


    Isnin, 14 Mac 2011

    SEGMEN CARI GADUH : LELAKI vs PREMPUAN

    BANNER BEN ASHAARI

    Assalamualaikum..

    Wahh..panasnyer tajuk segmen Encek Ben untuk kali ni ekkk.. Aku tanpa berlengah-lengah mahu join ini segmen woh!..
    Best jer soklan2 tu kan.. Sapa2 nak join, klik banner atas tu hokeh...

    LELAKI PILIHAN ANDA?

    ~ dah tentu terang dan nyata lelaki idaman pilihanku selalu ialah  Encek Hubby kecintaanku itu lah. Baik dan buruk dia, dialah suamiku tersayang.. ehehehe..♪♫♪ nobody..nobody but you!!♪♫♪

    PERLUKAH LELAKI SEKSI? DEFINISI SEKSI SEORANG LELAKI BAGI ANDA..

    ~ seksi itu adalah subjektif. Terpulang pada cara perwatakan  inidividu itu sendiri. Pada aku, lelaki sudah cukup seksi jika dia mempamerkan sifat kelakian mereka dengan cara berhemah, janganlah terlalu ego sangat, dan apabila berpakaian pulak janganlah bergaya ala-ala model  pulak. Aku pun tak berapa gemar lelaki yang terlalu metroseksual sangat. Bila bersiap mengalahkan perempuan. Biarlah penampilan kemas dan tidak selekeh sangat. Sempoi orang kata. Kalau ada bulu dada lagi seksi kottt..ahahaha!! 

    LELAKI PASTINYA SANGGUP BERKORBAN DEMI CINTA..APAKAH ANDA RASA LELAKI HANYA BERKORBAN SEBELUM MEMILIKI CINTA ANDA? APA JADI SELEPAS MEMILIKI CINTA ANDA?

    ~ bab ni lelaki terror ya amat lah.. bayangkanlah lautan api sanggup direnangi.. kononnya nak petik bintang dilangit..nak bawak bulan madu di awan biru, tiada yang mengganggu... ayat punyalah tak boleh blah kan..
    Bab ni aku rasa macam susah sikit nak jawab, tapi kebiasaannya macam tulah. Dulu sebelum kawin janji macam-macam, bila dah kawin haram tak ingat pun janji-janji manis sebelum kawin dulu. Tapi tak semualah lelaki pandai janji kosong je, ada jugak yang menepati janji. Cuma segelintir lelaki yang macam tulah. Nak tackle mestilah pandai main ayat kan. Mulut mau manis maaa... hahahaha..

    PASTINYA ANDA TAK SANGGUP BERMADU BUKAN? KENAPA?

    ~wah..wah.. soklannn... takpe2 aku suka je nak jawab. Bab bermadu-honey nie, lelaki memang suka sangat. Kalau berhujah pasal bermadu mereka tak mahu kalah, bab bermadu semua nak ikut hukum. Tapi bab sembahyang, puasa tak mau ikut hukum pulak yer.. Ahhahhha..jangan marahlah ye..ni aku petik ayat dari citer P. Ramlee tu..Seniman Bujang Lapok masa scene Abg Kus kantoi kawin lagi satu tu.
    Kalau tanya aku, secara jujur aku jawab aku tak rela berkongsi kasih....tak sanggup wehh.. i tak suka. Tapi kalau tu dah takdirnya siapalah aku nak menolak. Poligami tu halal di sisi undang-undang Islam.Tapiiiiii... boleh ke berlaku seadil-adilnya?? uwaaaaa.....i tak rela uuuu...

    JIKA ANDA MENGETAHUI PASANGAN ANDA MEMPUNYAI TEMAN WANITA LAIN, APAKAH YANG ANDA LAKUKAN?

    ~ pertama sekali mesti aku berhangin satu badan..kepala lutut menggigil, rasa tak jejak muka bumi terawang-awang macam takde graviti. Tapi aku istighfar dulu, tenangkan diri dan tanya elok-elok tapi bernada perli dululah.. Then, bila muka dia macam cuak je aku teruslah tanya satu persatu soklan. Tak perlu marah-marah, tenang aje. Gunakanlah sedikit emosi seperti menangis ke, ungkit2 sikit kisah masa mula bercinta dulu ke, pastu ugutlah sikit, adalah jugak pengalaman dulu2.. hohohoho... tapi pastu aku tinggalkan diorang. Buat apa simpan teman lelaki macam tu kan. Alhamdullilah, setakat ni suamiku belum pernah mengecewakan aku dengan perkara macam ni. Mintak dijauhkanlah.

    LELAKI ATAU PEREMPUANKAH MUDAH BERLAKU CURANG?

    ~  Banyak kes dah aku dengar bab2 curang ni, kira average lelaki atau perempuan semua sama jer. Aku tak berat sebelah dalam hal ni. Masing-masing nak tunjuk kehandalan curang memasingkan.  Baiklah, itu saja pendapat aku bab ni, siapa yang mulakan tu tak penting, tapi bila salah seorang  tak layan, maka tak jadilah kecurangan ni. Setan suka aje nak jadi orang tengah bab2 macam ni.

    SETIA ..PADA PENDAPAT ANDA, SIAPAKAH YANG LEBIH SETIA PADA CINTA, APA BUKTINYA..

    ~ dah tentulah perempuan kan...ehem..ehem.. perempuan ni kan, well u olls already know mmg bersifat penyayang dan pengasih. Dah tentulah mereka lebih setia. Buktinya perempuan ni bila dah jatuh cinta pada seseorang lelaki, dia akan menyayangi lelaki itu sepenuh jiwa dan raga. Tapi kan hal macam ni kalau kita dok debat pun sampai bila tak abis. Sebab hal macam ni mcm bias la pulak,semuanya terpulang pada individu, ada jugak wanita yang  tak setia.  Tapi..dek kerana aku ni perempuan, aku mesti nak pertahankan pendapat aku lah kan,..Buktinya, i setia dengan Encek Hubby i tau.. 10 tahun berkawan..ni dah masuk tahun ke-4 kitorang berumahtangga..  ehehehehe....setiaku disini...

    APAKAH ANDA SEORANG YANG CEMBURU?

    ~ yes! aku memang kuat cemburu sejak berumahtangga ni. Tahap kecintaan pada Encek Hubby semakin menebal setiap hari sebab tu aku kuat cemburu. Aii..takkan tak tau, cemburukan tandanya sayang. Ehehehehe....

    Sabtu, 12 Mac 2011

    Ben Ashaari ~ Blogger Lelaki vs Blogger Perempuan

    BANNER BEN ASHAARI

    Assalamualaikum..

    Aku dengan rasa bangga dan sukahatinyer, telah men'join'kan diri sekali lagi di dalam segmen anjuran Encek Ben Ashaari. Tajuk kali ni agak best sikit, pasal perbezaan antara blogger lelaki dan perempuan. Agak mencabar minda jugak tu nak bg pendapat. Sesiapa yang kebetulan lalu lalang blog aku ni, terasa nak join sila klik banner atas tu. Ni nak warning dulu ni, manalah tahu dalam masa aku menjawab soalan cepumas Encek Ben ni agak-agak ada menyinggung perasaan, aku mintak mahap banyak-banyak..sekadar  beri pendapat aku saja. Takde kena mengena antara hidup dengan yang sudah tiada.

    Dalam memberi pendapat dalam entri, apakah blogger lelaki benar-benar ikhlas?

    ~ okeh, secara jujurnya aku jawab ya. Berdasarkan hasil blogwalking aku ke blog-blog lelaki, mereka kelihatan lebih telus dalam memberi pandangan mereka. Mereka menulis dengan berhemah, tanpa mempamerkan emosi keterlaluan. Mereka agak 'cool' dalam memberikan pandangan dan penulisan mereka juga tenyata hebat. Walaupun kekadang mereka suka cakap lepas dan terkadang lucah, tapi luahan hati yang ingin mereka sampaikan  dalam blog memang ikhlas. Namun begitu ada jugak yang mengikut emosi, terutama apabila mereka tidak puashati dengan sesuatu isu, terutama berkaitan hal ehwal semasa.

    Blogger lelaki malu nak letak gambar, kenapa?

    ~ dan memang lumrah lelaki memang tak suka expose kan diri sesuka hati tak kiralah kat manapun. Kaum mereka ni kebanyakannya suka bersikap low profile dan lelaki kan egonya tinggi sikit . Sebab tu mereka jarang nak posing-posing maut dalam gambar ala-ala model tu kan. Pastu tepek banyak-banyak kat blog, Facebook dan seumpama dengannya. Lagipun mungkin mereka nk privacy kot.  Tapi pada aku kalau lelaki suka ambik gambar mcm awek-awek friendster pun, rasa macam something wrong pulak aku tengok.. Sana-sini kat blog ada tepek gambar sendiri..blog aku la tu. Huhuhu.. Tak payah jauh la, Encek Hubby aku tu, paling tak suka  upload gambar dia banyak2 kat Facebook. Dia kata tak mahu dikenali sangat, dunia siber banyak bahaya, katanya...

    Pada pendapat anda, kenapa lelaki berblog? ..secara umum

    ~ pada pendapat aku, lelaki berblog kerana ingin meluahkan segala pandangan  mereka terhadap sesuatu isu.  Maka, pada mereka blog merupakan satu medium yang cukup tepat sebagai tempat mencurahkan pendapat dan buah fikiran mereka. Kita boleh lihat sendiri berapa banyak blog lelaki yang menjadikan blog sebagai tempat memprotes sesuatu perkara apabila mereka rasa tidak puashati, contohnya blog yang berbaur politik la kot. Ada juga blog lelaki yang suka berkongsi hobi mereka, contohnya cerita pasal kereta, pasal memancing, pasal hiburan, dan berkongsi tentang  teknologi maklumat. Kaum lelaki kan terkenal dengan sikap low profile, mereka jarang bercerita hal peribadi secara umum. Mereka berani mengutarakan pendapat masing-masing mengikut perspektif mereka sendiri. Secara peribadi, aku suka baca blog lelaki, kerana pandangan mereka telus, ikhlas dan kekadang cara penulisan mereka buat aku terbahak-bahak sorang depan pc walaupun entri tu nampak macam serius tapi diorang suka selit lawak2. Best. Tak emo sangat la..Lelaki tak mudah sentap. Cool down bro...

    Blogger lelaki mudah dapat followers berbanding perempuan? Kenapa?

    ~macam aku terangkan kat atas tu lah, blog mereka ada daya penarik. Bukan kerana wajah, tapi kerana penulisan mereka. Blog mereka ringkas, tak banyak widget yang menyesakkan macam blog aku  la tu.. hehehe..Entri mereka padat, penuh pengisian. Jaranglah jumpa blog yang merepek meraban. Siapa yang nak baca blog yang asyik dok cerita  kisah dia gaduh dengan awek, pasal kucing jiran sebelah mati dilanggar lori. Contoh blog terbaik dan harus dapat ramai followers, macam blog Encek Ben la, simple aje kan ayat macam nak membodek pulak huhu... Tengoklah sendiri, setiap kali beliau update entri mesti best, ramai nak bagi komen. Pandai betul Encek Ben pikat pembaca... Lelaki kan terkenal dengan sifat simple diorang kan.. Less is more..but more with knowledges... Tengoklah followers Encek Ben tu, dah masuk 5 angka..Mantap bro! hehehehe... Tak silap aku, Encek Ben penah mention kat blog dia dulu, ramai followers pun bukan bermakna traffic kita akan naik tinggi  mencanak-canak setiap hari. Ada jugak yang hanya jadi silent readers,yang penting rajin update, entry pun kaw-kaw..tak gitu Encek Ben?..

    Blog lelaki yang anda wajib masuk setiap hari..

    ~ Blog Ben Ashaari  <--beliau best dan antara terbest..(wajib bodek okeh..) teeheee :)..
    ~ Blog Carl Samsudin < pun best gak..photographer kalau x silap..
    ~ Blog Mamat Khalid ( pengarah antu kak limah tu...)
    ~ Blog Cik Mat Gebu<-- lelaki yang gemar masak dan berkongsi resepi
    ~ Blog Obiefiend <-- best giler blog beliau..asik nak gelak jer..
    ~ Blog Adamxis[dot] com <--byk info..
    dan adalah jugak beberapa lagi blog lelaki yang menarik, tu aku sekadar menyebut beberapa nama je..

    Jika anda blogger lelaki, apakah yang anda letak dalam blog anda?

    ~ Isshh..takkan aku nak letak widget-widget comel dan berlip-lap siap background kaler pink dengan template Hello Kitty tu pulak ekk..kan orang kata apa pulak nanti. Alamak..aihh.. soklan susah betul la nak jawab..nmpk mcm simple. Kalau aku lelaki minat apa ek? maybe aku kongsi minat dan hobi aku kat blog... Tapi dalam setiap pengisian dalam blog tu haruslah menarik minat orang nak baca macam blog Encek Ben kan..Tahla.. Encek Ben, tak reti pulak nk jawab soklan ni..

    Selesai..sudah menjawab soalan segmen Encek Ben kali ni.. Jenuh gak nak jawab.. fuhhh..panjang berjela2..

    **tapi kan. Encek Hubby selalu cakap macam ni kat aku tau... dia kata, Perempuan hatinya kat mulut, Lelaki mulutnya kat hati... apa agak-agaknyer maksud dia tu ekk...**

    footnote:  kalau ada yang tersentap dengan pendapat aku mintak mahap la yer..aku sekadar memberi pandangan sempit aku jer... Maklumlah man from mars women from venus. Kalau ada tersilap kata, terkasar bahasa, mohon ampun  dan maaf ku pinta...



    Jumaat, 11 Mac 2011

    Tsunami Melanda Jepun..




    Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud


    2011/03/11

    TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa. 

    Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo.
    Di beberapa tempat sepanjang peairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.
    Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK. 

    Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini. 

    Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters 



    sumber: Berita Harian Online  dan Al-Jazeera English Channel

    Kacang Tanah, Tempe, Ikan Bilis bersira sambal @ Sambal Goreng Kering ala Jawa

    Assalamualaikum..

    Lama sudah aku tak tepek resepi kat blog. Rindu pulak nak berkongsi resepi di sini. Teeheee..
    Lately ni mood memasak pun berkuranganlah..berikutan ketiadaan selera nak makan. Perut ni rasa kenyang jer. Nape tah. Bila mood makan dah takde, makanya mood memasak pun merudum la jawabnyer.

    Aku tak tau nak namakan resepi ni apa.. tapi ada orang panggil kacang bersira sambal.  Sila tengok tajuk resepi i nih.. sikit punye panjang..tang jawa takmo tinggal..puas tanya mak mentua aku nk bg nama yang pendek sikit bg cemil-cemilan ini.. Kepada yang tak gemarkan tempe, u olls boleh letak kacang dan ikan bilis aje okeh. Tapi yang aku buat ni lak semua ada. Kaya dengan kandungan tempe, ikan bilisnyer..maklumlah i kan mix jowo sikit kann.. Mestilah i makan tempe yang kaya dengan protien tu.. Teeheee...

    Kacang Tanah.Tempe.Ikan Bilis bersira sambal @ Sambal Goreng Kering ala Jawa

    Sikit punye panjang nama makanan.. pandai2 la u olls nak nyebut hokeh..

    Resepi:
    (bahan tumis)
    20 Tangkai Lada Kering (better guna serbuk lada)
    2-3 Ulas Bawang Putih
    4   sudu makan minyak masak
    3   sudu gula pasir (dibancuh dgn sedikit air panas)
    segengam ikan bilis (ditumbuk bersama bawang putih)
    garam dan perasa secukup rasa

    (bahan goreng)
    4 Keping tempe hiris 4 segi kecil dan potong tipis(digoreng sehingga garing)
    300 gm kacang tanah (digoreng)
    200 gm ikan bilis sederhana kecil (digoreng)

    Cara membuatnya:

    1. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga sedikit garing (kalau boleh jgn terlalu basah)
    2. Masukkan perisa dan garam juga air gula kemudian gaul sambal sampai menjadi likat. 
    3. Masukkan bahan-bahan goreng dan gaul rata sehingga kesemua bahan bersalut sambal. 
    4. Jika didapati kelihatan minyak berlinang tapiskan seketika. Ini untuk mengelakkan tempe dan kacang menjadi lembab tidak rangup. Lebihkan gula jika suka manis.







    Khamis, 10 Mac 2011

    Suami bawa lari anak baru lahir - Memang Takde Hati Perut!!

    Suami bawa lari anak baru lahir
    Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad 
    bhnews@bharian.com.my
    2011/03/10

    ANIS tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang baju anak sulungnya itu di Kepala Batas, kelmarin.
    ANIS tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang baju anak sulungnya itu di Kepala Batas, kelmarin.
    Ibu muda sedih terima SMS diceraikan

    KEPALA BATAS: Malang bertimpa buat seorang ibu muda apabila dia bukan hanya kempunan untuk mencurahkan kasih sayang terhadap anak sulungnya yang dilahirkannya pada 25 Februari lalu, malah diceraikan suaminya dipercayai melarikan bayinya itu.
    Anis Iyazirah Yaakub, 21, mendakwa anaknya, Nurin Syifa Irdina yang dilahirkan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dilarikan suaminya dari rumah ibunya di Kampung Permatang Tinggi B, di sini, 2 Mac lalu, kira-kira jam 9.30 pagi.

    Beliau mendakwa suaminya berusia 26 tahun itu memberi alasan mahu membawa Nurin untuk berubat penyakit kuning bersama ibunya yang tinggal di Sik, Kedah, tetapi membawanya pulang semula ke rumahnya.

    “Saya kemudian menghubungi keluarga mentua di Sik untuk bertanyakan sama ada Nurin berada di sana, saya terkejut apabila diberitahu bahawa anak saya berada di sana. Saya pun membuat laporan di Balai Polis Kepala Batas kerana mengesyaki Nurin dilarikan.

    “Hati saya tidak tenteram memikirkan nasib Nurin sepanjang masa itu dan saya nekad memandu kereta seorang diri ke Sik dalam tempoh masih berpantang pada malam itu juga semata-mata mahu melihat keadaannya.

    “Di rumah mentua, saya ditegur ketika cuba memegang Nurin dengan alasan tidak mahu mengganggunya tidur. Saya hanya dapat mencium pipi dan dahi bayi saya sebelum pulang semula ke rumah ibu saya sendirian walaupun ketika itu suami saya berada di rumah ibunya,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, kelmarin. 
    Anis Iyazirah berkata, dia amat tertekan kerana bimbangkan keadaan Nurin yang masih menyusu badan serta menghidap penyakit kuning dan menganggap tindakan memisahkan mereka seperti mahu menganiayai anak kecil itu.

    Nasibnya bertambah malang apabila pada 6 Mac lalu, dia menerima satu khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya yang menceraikannya dan tidak mahu ibu muda itu mengganggunya lagi serta memintanya menunggu keputusan mahkamah.

    “Saya yang berniaga makanan dengannya sebelum ini merasa buntu dengan tindakannya yang berubah sikapnya secara tiba-tiba, saya menghubunginya selepas itu dan dia beritahu bahawa dia kini dalam perjalanan ke Selangor untuk memulakan hidup baru.

    “Saya tertekan dengan tindakannya itu, tambahan pula saya diberitahu bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai isteri lain,” katanya yang berkahwin dengan suaminya pada Julai tahun lalu.

    sumber berita: Berita Harian Online


    footnote: Haishh!!..apa punya laki macam ni?? orang tu punya la seksa mengandungkan dan melahirkan anak tu, dia boleh buat sesuka hati dia je bawak lari baby tu... pastu siap nak ceraikan lagi..dahlah orang tu dalam pantang.. Memang tak de hati perut..hati kering!




    Selasa, 8 Mac 2011

    Jelajah Blog 2011: Kategori Ibu

    BANNER BEN ASHAARI

    Assalamualaikum..
    Buat kali ke-3 aku join segmen kelolaan Encek Ben Ashaari. Kali ni paling best sebab dikhaskan untuk mereka yang bergelar ibu,mama,emak,mommy,umi, dan sewaktu dengannya.. Kepada yang nak join silalah klik banner beliau diatas tu yer.. Segala terma dan syarat penyertaan ada diblog beliau.

    Jom mulakan.....

    Siapakah diri saya?

    Saya ibu kepada Nur Haziqah Najla Ishak..dan juga isteri kepada Encek Hubby saya. Sejak disahkan mengandung, saya terus berhenti kerja. Lalu bergelarlah saya surirumah sepenuh masa..

    Kenangan Manis Bergelar Ibu..

    Banyak rasanya pengalaman manis jadi mak orang ni, firstly bila dapat tau pregnant la. Then..selamat melahirkan anak. Syukur alhamdullilah. Dapat menjaga anak tanpa bantuan sesiapa semua urusan penjagaan anak saya lakukan sendiri. Mudah2an Allah panjangkan umur saya untuk menjaga dan mendidik anak-anak sehingga mereka dewasa kelak.

    Kenangan Pahit Bergelar Ibu

    Kenangan pahit  ni dah 2 kali saya rasakan, dan terbaru hari Jumaat minggu lepas dan baru pagi tadi saya baru boleh keluar dari wad. Anak saya telah disahkan dijangkiti paru-paru berkuman (Pneumonia). Perasaan saya sukar diungkapkan, memang sedih sangat. Tapi menurut doktor penyakit ni masih boleh dirawat lagi. Kali pertama anak saya ditahan wad akhir tahun lepas dengan penyakit yang sama.

    Kata-kata khas Buat Suami

    " baik-baik sayang ada aku untukmu"  semoga Allah memberkati jodoh kita..

    Kata-kata khas buat anak.

    kepada, Haziqah anak ibu... jadilah anak yang solehah, sayangi diri sendiri, sayangi Allah dan Rasul dan seterusnya sayangilah ibu,..ibu,..ibu..dan ayah serta kaum keluargamu.. Bila kamu menyayangi diri sendiri terlebih dahulu, kamu takut untuk melakukan apa yang Allah larang, dan sentiasa membuat yang terbaik untuk diri sendiri.

    Harapan Kepada Anak

    Seperti mana harapan ibu bapa yang lain didunia ini. Mengharapkan anak yang dikandungkan selama 9 bulan 10 hari menjadi anak yang soleh/solehah, menuruti perintah Allah, beriman, menghormati ibu dan bapa, mencapai kecemerlangan didunia dan akhirat, menjaga tingkahlaku dan sentiasa berhati rendah ilmu pula biarlah tinggi.

    Nasihat Buat Gadis Diluar Sana...

    Wahai gadis,...ingatlah secebis bait-bait lagu ini...

    "Ya Ilahi Rabbi.. Sempurnakanlah pekertiku
    Sebagaimana Engkau menyempurnakan wajahku
    Kurniakanlah rahmat bahagia ibubapaku
    Berikan hidayah pada hati yang tertutup

    Sebagai rimbunan daun-daun
    Seandainya bilangan dosaku
    Ya Allah ampunilah daku
    Hamba bertaubat

    Hai anak yang soleh, beruntunglah ayah dan bonda
    Bagai mata air yang mengalir dalam syurga
    Hai anak durhaka, pintu taubat masih terbuka
    Jangan kau teruskan tingkah laku yang kecewa

    Sebagai rimbunan daun-daun
    Seandainya bilangan dosamu
    Ya Allah ampunilah dia
    Yang telah bertaubat..."

    **lagu dari Allahyarhamah Datin Rafeah Buang
    tajuk: Ya Illahi Rabbi*


    Kecintaan Saya

    footnote:  maaf kerana terlalu ringkas penerangan untuk segmen ni.. Baru balik dari wad sebab anak kesayangan sakit. Jiwa pun sedikit tak tenteram, tapi semangat nak menjoinkan diri tetap kugagahkan jua.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...